
|
Disclaimer
Alohaa... hello hello hello... Aku rindu kau lahh sayangs ! xD budak hingusan Si Stalker ! Big Clap Familios <3 ![]() Pantun Club Girlfie|Boyfie ![]() |
Doctor-to-be ? exactly NO !!
![]()
Assalamualaikum...
Hesyy ! dah berminggu-minggu tak meng-hapedet belog ni .
nak kata busy tu jauh sekali , busy kemendanya kan ?
padahal takda idea yang tercetus sepanjang minggu lepas .
otak beku gile kot ! haa , takmau la
buat intro memanjang lebar tahap kutub selatan ni .
tak kuasa mak :P
Back to the topic . krikk krikk !
Ekceli , sementara menunggu kaunselor aku pi beli no pin UPU ,
aku ade jugak la survive pasal asasi,diploma dan sewaktu dengannya .
Takmauu ah main letak je masa isi form tu , tersalah pilih course..
naya ah aku kan ? mohon dijauhkan perkara cenggitu !
aku ada la usha panas belog budak UIA pasal asasi farmasi .
Mak aih , memang tertarik gile lah . Aku dah lama minat field ni sebab
suka pulak nak buat ubat-ubat tu . salah buat ubat tak ke naya pesakit . then , masuk lokap !
cehh , jauh pulak aku berfikir !
dulu-dulu aku nak jadi doktor . heh ! ingat senang ke nak jadi doktor ??
yela , masa zaman sekolah mana tau yang bidang ni susah .
masa aku pi bilik kaunselor pun , dia tanya nak ambil course apa , perubatan kah ?
oh cikgu , sesungguhnya aku dah tak suka dengan course tu sekarang !
ni pasal aku terpengaruh dengan cakap abang/kakak senior yang pernah lalui pengalaman ni
including my sister ! diorang cakap susah sangat! so , memang tersimpang jauh la untuk aku ambil course tu sebab sememangnya aku tak layak pun . Aku tahu , tak payah cakap kei ? Haha ^^
My sista pun pernah cerita kat aku pasal experience dia .
dia dapat belaja kat indon , dia kata nasib ja kat indon kalau jauh lagi acane tu ?
rasa taknak dah sambung belajo katanya . dengan subjek yang agak tough nak mampus!
by the way , Alhamdulillah ! dia dapat teruskan juga perjuangannya walaupun rasa
tak cukup kuat untuk meneruskan pengajian tersebut . Dengan sokongan moral parents aku ,
dia terus juga walaupun hati terasa berat .
So , aku taknak ah macam tu..first sem . fuyooh , dapat 4flat ! bangga kejap .
lepas tu masuk sem 2 , meraung histeria sebab CGPA turun mendadak .
kebanyakan yang aku dengar pasal student yang amik course ni , cerita negative je .
takut pulak aih nak ambil course ni . ada yang aku dengar belajar sekerat jalan ja ..
tak mampu nak teruskan then tukar course lain , macam membazir kot masa .
tak mau la macam tu . lebih baik aku pikir awal-awal yang aku takmau ambil course ni!
takut merana di kemudian hari .
Tapi , ada je yang boleh catch up ! tapi untuk aku memang tak ah ,
aku mudah give up kot selagi tak tengok effect dia . aku mudah surrender awal-awal .
tak ada keyakinan diri . aku memang tabik spring kat student yang mampu buat benda ni !
bukan semua orang boleh camni , hanya mereka yang terpilih saja .
so , aku rasa setakat ni je kot..malas pulak nak mengarang
macam novel bagai , cemuh tau !
0 Snaps
![]() |